My Add

Saturday 3 March 2012

Mansuh tol Bt. Tiga, Sg. Rasau

SHAH ALAM, JUMAT, 02 Mac, 2012: Pejabat Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam akan mengemukakan memorandum kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan permintaan penduduk agar kutipan tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau, Lebuh Raya Persekutuan dimansuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Langkah itu diambil berikutan memorandum pertama yang dihantar kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor sebelum ini tidak mendapat maklum balas positif selain mahu mengelakkan parti pembangkang cuba memainkan isu tersebut. - UTUSAN

Penyelarasnya, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi aman sebagai jalan terakhir sekiranya masih tiada reaksi positif diberikan mengenai desakan pemansuhan kutipan tol di kedua-dua plaza berkenaan yang sudah beroperasi hampir 20 tahun.

No comments:

Post a Comment