My Add

Friday 2 March 2012

Felda D’Saji sasar 10% pertumbuhan perolehan 2012

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Felda D’Saji Sdn. Bhd . yakin dapat merealisasikan pertumbuhan 10 peratus dalam perolehannya tahun ini berbanding RM50 juta tahun lepas.

Ia mencatat pertumbuhan kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan perolehan pada tahun 2010 sebanyak RM40 juta, kata Ketua Pengarah Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab pada pelancaran D’Saji Kitchen di sini hari ini.

Felda D’Saji bermula sebagai organisasi katering dan dimilik sepenuhnya oleh Felda & Koperasi Permodalan Felda Bhd.

Ia dijadikan sebagai sebuah unit pada 1984 dengan menawarkan perkhidmatan kafeteria, Felda Resorts dan hostel pelajar Felda.

D’Saji Kitchen, yang beroperasi di Southgate Building di Sungai Besi di sini ialah restoran makanan segera yang menawarkan masakan Melayu, sebahagian besarnya untuk pekerja pejabat dan penuntut di kawasan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji, Ahmad Zaki Abdullah berkata, restoran itu dibangunkan pada kos RM300,000.

Felda D’Saji mahu mengantarabangsakan namanya menerusi hidangan Halal dari Malaysia dan Asia, dan banyak lagi restoran dirancang dibuka di Bangi, Shah Alam dan tempat lain di Lembah Klang. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment