My Add

Friday 2 March 2012

Bungkusan bom: 4 termasuk abang mangsa ditahan

MELAKA, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Polis menahan empat lelaki termasuk abang sulung seorang wanita yang cedera parah di perut dan kaki akibat terkena letupan bom daripada sebuah kotak kiriman di hadapan rumahnya di Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Supritendan Abdul Rahman Jid berkata, tiga yang ditahan dalam satu operasi malam tadi adalah rakan kepada abang mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an.

“Hasil siasatan awal mendapati abang mangsa mempunyai hubungan dengan tiga lelaki tersebut kerana dia telah meminjam sejumlah wang daripada mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan reman sehingga 9 Mac ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment