My Add

Sunday 25 March 2012

Hadapi cabaran: Wanita UMNO perlu perkukuh persefahaman

KUALA LUMPUR, AHAS, 25 Mac, 2012 Wanita UMNO perlu perkukuhkan persefahaman untuk menghadapi segala cabaran di dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kerana pergerakan itu merupakan senjata, jentera serta tunjang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Wanita UMNO tidak boleh berpecah dan perlu menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul dengan bijak.

"Saya harap mereka dapat menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan jayanya...hidup ini tidak lengkap tanpa cabaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang 2012 di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO Selasa lepas berhubung pengekalan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO memandangkan Shahrizat dipilih oleh anggota-anggota pergerakan itu sebagai ketua.

Katanya, beliau menyanjung persefahaman antara Shahrizat dan Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim selama ini dan berharap mereka dapat menumpukan perhatian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment