My Add

Sunday 25 March 2012

Pegawai polis ditahan SPRM disyaki terbabit rasuah

KUANTAN, AHAD, 25 Mac, 2012: Seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh ditahan dipercayai terbabit kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu. 

Penahanan itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Menurutnya, pegawai polis berkenaan ditahan dua hari lalu sebelum dijamin RM5,000 oleh seorang penjamin.

"Betul (pegawai polis berkenaan) dalam penyiasatan SPRM dan pihak kita akan turut menyiasat bagaimana penglibatannya dalam kes berkenaan," katanya di sini, hari ini. 

Sharifuddin berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan dan pegawai berkenaan juga bercuti bagi menyelesaikan kes terbabit. 

Sementara itu menurut sumber SPRM, pegawai polis berkenaan dipercayai terlibat dengan rasuah rumah urut tanpa lesen di Mentakab. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment