My Add

Thursday 1 March 2012

ILIM perlu lahirkan pentadbir dan pengurus agama berkualiti

BANGI, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) perlu menjadi pusat latihan yang mampu melahirkan pentadbir dan pengurus agama yang berkualiti serta menepati keperluan semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sudah tiba masanya untuk ILIM memastikan pusat itu tidak hanya sekadar mengendalikan kursus agama dan ceramah motivasi di hujung minggu sahaja.

"Diharapkan graduan sulung yang dilahirkan ILIM dapat menjadi produk pertama untuk ILIM menempa nama seperti Institut Tadbiran Awam (INTAN) yang melahirkan Pegawai Tadbir berkualiti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas menyampaikan Diploma Pengurusan Islam (DIP) kepada 36 graduan pada majlis konvokesyen pertama ILIM di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment