My Add

Thursday 1 March 2012

RM1j untuk bantu anak dan cucu anggota polis

KOTA BHARU, KHAMIN 01 Mac, 2012: Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Pengaman Malaysia (YPM) bagi membantu anak serta cucu pesara polis, bekas anggota dan yang mereka masih berkhidmat dengan pasukan tersebut.

Pengerusi YPM, Tan Sri Samshuri Arshad berkata, bantuan sebagai penghargaan kepada anak-anak anggota yang tidak diberi perhatian secukupnya ketika ibu bapa mereka menjalankan tugas.

"Kerajaan sedar dengan masalah ini yang sering mengakibatkan anak-anak anggota polis yang tidak mendapat perhatian secukupnya terlibat dalam pelbagai gejala kurang sihat.

"Justeru, melalui bantuan sebanyak RM1 juta tersebut, YPM dengan kerjasama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan program perkemahan bagi membantu anak-anak anggota polis membentuk jati diri yang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan YPM bersama pesara polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment