My Add

Saturday 3 March 2012

Isu Pas Kedah: Hadi terpaksa minta ahli parti bertenang

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Mac, 2012: Nampaknya  Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa memita seluruh ahli parti bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan menyelesaikan isu yang melanda Kerajaan Negeri Kedah.

Presiden Pas itu berkata, beliau yakin isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin dengan semangat ukhwah yang tinggi.

"Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong Pas supaya bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan untuk menyelesaikan beberapa isu yang melanda negeri Kedah mutakhir ini.

"Insya Allah ia akan selesai sehari dua lagi atas usaha kepimpinan dan semangat ukhuwah seluruh pihak yang mendukung perjuangan ini," katanya dalam kiriman mesej ringkas kepada Harakahdaily lewat petang semalam.

Presiden Pas itu dijangka pulang dari luar negara hari ini. Seluruh pimpinan Pas Pusat ke Kedah hari ini bagi mengadakan pertemuan mahabbah dengan pimpinan parti di negeri itu berhubung kemelut yang melanda.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat AJK Pas Pusat malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment