My Add

Saturday 3 March 2012

Adik perempuan Ahmadinejad tewas kerusi Parlimen

TEHRAN, SABTU, 03 Mac, 2012: Adik perempuan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad gagal dalam perebutan kerusi Parlimen di kampung kelahirannya dalam pilihan raya negara itu, lapor agensi berita, Mehr hari ini. 

Laporan itu menyebut, keputusan muktamad menunjukkan Parvin Ahmadinejad tewas kepada calon parti konservatif dalam perebutan kerusi di pekan kecil di barat daya Tehran.
Parvin bertanding untuk kerusi Garmsar, kira-kira 60 kilometer di barat daya Tehran.
Beliau ketika ini adalah anggota majlis perbandaran Garmsar. 

Kekalahan Parvin memberi tamparan hebat kepada Ahmadinejad dalam pilihan raya pertama selepas timbul kontroversi yang menyebabkan pilihan raya semula diadakan pada 2009 lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment