My Add

Saturday 24 March 2012

Jentera PRU13 perlu faham tugas mereka - Abdullah

GEORGE TOWN, SABTU, 24 Mac, 2012: Bekas Perdana, Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menggesa semua jentera pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) di kawasan Parlimen Kepala Batas supaya memahami bidang tugas masing-masing bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kekal memenangi kerusi parlimen itu.

Beliau berkata, sekiranya setiap peringkat jentera faham tanggungjawab masing-masing segala strategi yang telah dirancang akan berjalan lancar dan tidak akan timbul sebarang kesulitan.

"Pada waktu ini kita perlu serius dan bertindak secara sistematik untuk melaksanakan bidang tugas yang telah diamanahkan pada kita.

"Perkara yang paling penting adalah memahami apa erti PRU13 kali ini untuk kita,” katanya ketika berucap di Bengkel 1Malaysia Pemimpin Masyarakat Kepala Batas di sini hari ini.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, menyarankan kesemua pemimpin masyarakat di kawasan itu mengukuhkan perpaduan sesama mereka dan lebih fokus terhadap setiap kerja. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment