My Add

Friday 2 March 2012

Jumlah kes HFMD di Sarawak kini meningkat ke 1,771

KUCHING, JUMAAT, 02 Mac, 212: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak kini meningkat kepada 1,771 kes apabila 150 lagi kes baru dilapor hari ini, kata kenyataan bilik operasi HFMD negeri hari ini.

Daripada jumlah kes baru itu, 53 dilapor di Kuching, Limbang (24), Samarahan (19), Bintulu dan Miri masing-masing 10 kes, Sri Aman dan Betong (masing-masing tujuh kes), Sarikei dan Sibu (masing-masing enam kes), Mukah dan Kapit (masing-masing empat kes).

Kenyataan itu berkata, jumlah pesakit yang dirawat di hospital kini 114 kes selepas lapan daripada kes baru itu dimasukkan ke wad iaitu tiga di Miri, dua di Kuching dan masing-masing satu di Sibu, Samarahan dan Mukah.

Tiada daripada kes itu yang diklasifikasi serius, kata kenyataan itu.

Sebanyak 27 sekolah, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak diarah tutup sementara, manakala dua lagi menutup operasi mereka secara sukarela berikutan penularan penyakit itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment