My Add

Monday 26 March 2012

Kecewa dengan Pas, Ooi keluar DHPP

PULAU PINANG, AHAD, 25 Mac, 2012: Merasakan sumbangan serta kesetiaannya selama lebih 20 tahun kepada Pas tidak dihargai, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) negeri, Dr. Ooi @ Vellautham hari ini mengambil keputusan melepaskan semua jawatannya dalam sayap parti itu.

Menurutnya, beliau bertindak demikian selepas Pas Pusat tidak memilih mana-mana ahli dari DHPP Pulau Pinang untuk diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat menjelaskan, langkah Pas Pusat itu seolah-olah meminggirkan DHPP negeri yang didakwanya telah menarik ramai penyokong di kalangan bukan Islam.

“Amat malang sekali bagi mereka yang menyokong Pas selama ini.

“Saya terpaksa mengambil keputusan berundur sebab tidak lagi dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan selama ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment