My Add

Monday 26 March 2012

Saman Nallakaruppan jika berani - Chandra Muzaffar

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Mac, 2012: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera mengheret Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan ke mahkamah agar tuduhan beliau seorang biseksual dapat dibuktikan benar atau sebaliknya.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar hendaklah berbuat demikian sekiranya beliau memiliki keberanian untuk menafikan tuduhan Nallakaruppan.

"Pada pandangan saya, Anwar tidak akan teragak-agak mengemukakan saman terhadap Nallakaruppan jika beliau benar-benar serius ingin mempertahankan nilai moralnya.

"Memandangkan Nallakaruppan tidak mahu memohon maaf, kini terpulang kepada Anwar untuk memfailkan kes saman di mahkamah atau tidak," jelasnya kepada Utusan Malaysiaketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nallakaruppan mencabar Anwar secara terbuka pada sidang akhbar semalam supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya seawal minggu hadapan bagi membolehkan segala bukti yang menyokong dakwaan biseksual itu dapat didedahkan di mahkamah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment