My Add

Thursday 1 March 2012

Keputusan STPM diumumkan mulai Rabu depan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result

jarak No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM dihttp://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment