My Add

Thursday 1 March 2012

Pendedahan surat Dr. M mengecewakan pembangkang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 2012:Tindakan kerajaan menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri rejim Tel Aviv, semalam pasti sangat mengecewakan pembangkang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata surat yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman rejim Zionis itu pastinya mematahkan fitnah yang direka-reka oleh pembangkang terhadap kerajaan.

"Kini puak Anwar terpaksa kena proses fitnah baru pula,” katanya mengenai surat itu, yang jelas menunjukkan Malaysia menolak hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu malah tidak mengiktiraf rejim penjajah yang menzalimi rakyat Palestin. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment