My Add

Monday 26 March 2012

Kerajaan Selangor diminta henti politikkan isu air

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Mac, 2012: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui meminta supaya kerajaan negeri Selangor berhenti dari mempolitikkan isu penstrukturan semula tarif air berikutan pembinaan Loji Air Langat 2 (LAL 2). 

Beliau berkata, isu kenaikan tarif air tidak perlu timbul kerana kerajaan negeri itu sendiri yang menentukan kadar caj air di Selangor dan bukannya dibuat oleh kerajaan pusat.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga memberikan kelulusan kepada kerajaan pusat untuk membina LAL 2 itu.

"Jangan politikkan kadar tarif air, ia tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat, sebarang caj air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri bukan kerajaan Pusat. 

"Saya tidak ada kuasa untuk menentukan kadar harga, ia (penstrukturan kadar air) bukan lagi isu, oleh itu saya minta kerajaan negeri beri kelulusan segera kepada kami untuk laksana projek loji air ini demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya ketika membalas hujah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya hari ini. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment