My Add

Monday 26 March 2012

Kerajaan Selangor tidak peka keperluan rumah anak yatim

HULU SELANGOR, AHAD, 25 Mac, 2012: Sudah berulang kali Rumah Anak Yatim Anak Kesayanganku, Bukit Beruntung di sini merayu dan memohon peruntukan bagi membina asrama dan surau daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sejak 2008, namun sehingga kini, janji hanya tinggal janji dan mereka terus hampa.

Hakikatnya, sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri tersebut tidak langsung seiring dengan slogan kebajikan yang sering diuar- uarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola rumah anak yatim berkenaan, Khairul Soleh Ghazali berkata, disebabkan masalah ketiadaan asrama yang mampu menampung kesemua kira- kira 200 anak yatim tersebut, mereka terpaksa 'dipisahkan' di dua lokasi berbeza iaitu 20 orang di sebuah rumah terletak di Kampung Tuah manakala selebihnya di bangunan rumah kedai tidak jauh dari situ. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment