My Add

Monday 26 March 2012

ADUN DAP dicabar berdebat isu padang bola Sungai Way

PETALING JAYA, AHAD, 25 Mac, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San hari ini dicabar untuk berdebat bagi menjelaskan isu pembinaan projek komersial di atas tapak padang bola seluas 1.7 hektar di Sungai Way di sini.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Kelvin Chong Seng Foo berkata, perdebatan itu adalah untuk menjelaskan beberapa dakwaan yang telah diputar belitkan oleh wakil rakyat DAP tersebut.

‘‘Weng San mendakwa projek yang bernilai RM75 juta berkenaan diluluskan pada 2007, sedangkan pelan asal telah diubah daripada pembinaan perumahan dan tempat rekreasi kepada pusat komersial selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

‘‘Selain itu, akhbar Kosmo pada minggu lalu melaporkan bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) masih belum meluluskan projek itu dan baru-baru ini, Weng San pula mendakwa pembinaan berkenaan telah diluluskan,’’ katanya kepada pemberita di Rumah Sejahtera Seri Setia, Sungai Way di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment