My Add

Tuesday 27 March 2012

Kes hasutan: Karpal gagal merayu

PUTRAJAYA, ISNIN, 26 Mac, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini gagal merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung perintah Mahkamah Rayuan mengarahkannya membela diri atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak, tiga tahun lalu.

Ia berikutan keputusan panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan notis usul pihak pendakwaan yang memohon agar rayuan itu diketepikan tanpa mendengar meritnya.

Dengan keputusan tersebut, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dijadual memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi pada 30 dan 31 Mei ini.

Beliau bagaimanapun masih menunggu tarikh pendengaran di hadapan satu panel Mahkamah Rayuan lain untuk menyemak keputusan terdahulu yang mengarahkannya membela diri.

Hakim Zulkefli ketika membacakan keputusan ringkas itu menyatakan, isu berhubung perkataan 'keputusan' mengikut definisi Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman (COJA) 1964 yang dibangkitkan oleh pendakwaan, terpakai dalam prosiding hari ini. - UTUSAN
...

No comments:

Post a Comment