My Add

Monday 26 March 2012

Lebih 60 rumah rosak dilanda ribut di Kubang Pasu

JITRA, ISNIN, 26 Mac, 2012: Lebih 60 rumah membabitkan lima kampung dan satu taman perumahan di daerah Kubang Pasu rosak selepas dilanda ribut kira-kira jam 5.30 petang semalam. 

Rata-rata rumah di kawasan terbabit iaitu Kampung Kemunting Lama, Kemunting Baru, Teluk Berangin, Salit, Pekan Tunjang dan Taman Seri Kemuning 1 mengalami kerosakan teruk akibat ditimpa pokok atau bumbung tercabut sepenuhnya.

Difahamkan lima keluarga dari Taman Seri Kemuning 1 juga terpaksa berpindah ke pusat aktiviti kawasan perumahan itu selepas rumah mereka tidak boleh didiami akibat bumbung tercabut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom, berkata pihaknya masih membuat bancian jumlah kerugian serta kos yang diperlukan untuk membantu mangsa terbabit. 

"Pejabat saya akan menghubungi pembekal dan kontraktor bagi membaiki rumah yang rosak teruk," katanya kepada pemberita, selepas melawat keluarga yang terjejas hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment