My Add

Saturday 3 March 2012

Mahu rakyat belajar seni pentas

ROSMAH Mansor berbual dengan bersama pemain piano muda negara, Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal (kiri) ketika melawat The Juilliard School di New York, kelmarin.

NEW YORK, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Datin Seri Rosmah Mansor berharap lebih ramai anak-anak Malaysia yang berbakat dalam bidang seni pentas diberi peluang menuntut di Juilliard School, sebuah institusi yang terkenal kerana telah melahirkan ramai pemenang anugerah Grammy, Emmy dan Pulitzer antara lainnya.

"Malaysia amat berbesar hati dapat menjalin hubungan dengan Juilliard School dalam bidang seni pentas,” katanya sempena lawatannya ke sekolah itu di sini semalam.

Beliau tiba pada Rabu dalam rangka lawatan empat hari sempena mesyuarat Suruhanjaya Mengenai Status Wanita (CSW) Pertubuhan Bangsa Bersatu yang sedang berlangsung di sini. - UTUSAN
...

No comments:

Post a Comment