My Add

Saturday 3 March 2012

Sisa Lynas dibuang jauh - PM

Oleh YULPISMAN ASLI

KOTA BHARU, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Kerajaan meminta Lynas Malaysia Sdn. Bhd. memindahkan sisa atau buangan industri yang dihasilkan daripada perusahaannya ke lokasi yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan prihatin dengan kebimbangan penduduk berdekatan walaupun saintis dan pakar tempatan serta antarabangsa mengesahkan operasi syarikat itu dan buangan industri yang dihasilkan adalah selamat.

Beliau turut menolak andaian kononnya keputusan itu dibuat kerana kerajaan menerima tekanan daripada pihak tertentu.

"Kita mahu rakyat berasa selamat. Kita sudah analisis perkara itu dan mendapati keselesaan tersebut terbahagi kepada dua iaitu, satu asas kepada saintifik dan satu lagi soal emosi serta psikologi. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment