My Add

Tuesday, 27 March 2012

Muhyiddin berucap pada sidang kemuncak nuklear

Oleh BORHAN ABU SAMAH

SEOUL, SELASA, 27 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berucap pada Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear selepas beliau dan 53 peserta makan tengah hari bersama-sama termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Para pemimpin dijangka menyatakan komitmen bersama terhadap usaha memerangi pengganas nuklear dan menggunakan teknologi itu untuk keamanan sejagat.

Selain itu para pemimpin berkenaan juga membincangkan langkah yang harus diambil bersama bagi mengelak bahan nuklear jatuh ke tangan pengganas.

Pada sebelah petang Muhyiddin akan bertemu wartawan Malaysia bagi menjelaskan pendirian Malaysia mengenai isu tersebut.

Pada sebelah malam beliau akan menghadiri makan malam bersama-sama para pemimpin lain yang dihoskan oleh Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dan isteri Kim Yoon-ok.

Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman akan berlepas pulang ke tanah air pada tengah malam ini.


Sementara itu sidang petang ini meluluskan kenyataan bersama antara lain memutuskan pengganas nuklear sebagai satu ancaman global.

Muhyiddin berkata, sehubungan itu setiap negara telah bersetuju untuk memastikan keberkesanan undang-undang dan peraturan dalam memastikan bahan nuklear tidak jatuh ke tangan pihak tersebut.

Sidang kemuncak tersebut meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut mengadakan persidangan mengenai keselamatan nuklear untuk memastikan perkara tersebut diberi perhatian oleh semua negara, katanya yang mewakili Malaysia pada persidangan kali kedua itu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment