My Add

Wednesday, 28 March 2012

Ubah suai pejabat Dr. Hasan ikut tatacara kewangan

SHAH ALAM, SELASA, 27 Mac, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak berhenti mempersoalkan kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hasan Ali yang berjumlah RM329,000

Katanya, isu tersebut tidak perlu dipanjangkan memandangkan proses untuk kerja-kerja berkenaan dibuat dan diluluskan mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan.

''Saya tidak persoalkan mengenai pengubahsuaian pejabat itu, kita tidak perlu ambil masa untuk menjelaskan perkara itu, ia tidak perlu dipertikaikan.

''Saya rasa proses pelaksanaan kerja-kerja itu dibuat mengikut tatacara yang sedia ada," katanya ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dalam sidang DUN Selangor mendakwa, Hasan telah membazirkan wang kerajaan negeri ketika menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment