My Add

Saturday 3 March 2012

Pas hanya mahu kuasa - PM

NAJIBTun Razak memberi ucapan motivasi kepada pemimpin tempatan, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Mas pada perjumpaan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan semalam. Turut sama Mustapa Mohamed (kanan).


Oleh AZRAN FITRI RAHIM

JELI, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berkhalwat' dengan DAP dan membuang tokoh yang berjuang mempertahankan akidah umat Islam semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Perdana Menteri berkata, ia amat berbeza dengan UMNO yang konsisten memperjuang dan mempertahankan Islam di negara ini sejak dahulu sehingga hari ini.

Kata beliau, Pas tidak mempunyai hala tuju dan dasar perjuangannya semata-mata untuk memancing undi.

Bukti Anwar lebih utamakan keselamatan Israel

Bercakap di KOTA BHARU, Datuk Najib berkata, penjelasan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook yang menolak pendirian pertubuhan itu selari dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keselamatan Israel, menunjukkan Ketua Pembangkang memang memberikan keutamaan kepada negara Yahudi terbabit.

Katanya, apa yang Hamas mahukan adalah dunia khususnya negara Islam membantu perjuangan mereka dan kepentingan rakyat Palestin seperti dilakukan oleh kerajaan Malaysia selama ini.

Menurut beliau, komitmen kerajaan Malaysia membantu rakyat Palestin itu yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis telah terbukti menerusi surat-surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan didedahkan kepada umum kelmarin.

"Komitmen itu diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan saya sebagai Perdana Menteri hari ini, dasar kita adalah konsisten dan tidak berubah." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment