My Add

Tuesday 27 March 2012

Pas pernah beri tanah kepada wakil rakyat

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 26 Mac, 2012: Kerajaan Terengganu hari ini mendedahkan Pas pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika negeri ini diperintah oleh parti pembangkang pada 1999 hingga 2004.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Pas memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.

"Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat Pas ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang.

"Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun. Inilah sikap Pas yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat sini. - UTUSAN

...

No comments:

Post a Comment