My Add

Tuesday 27 March 2012

Jangan cari helah tangguh bicara - Lum Yong

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Mac, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunjukkan beliau benar-benar serius dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkannya hari ini terhadap Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, adalah tidak wajar sekiranya Anwar mengambil tindakan tersebut semata-mata untuk tujuan propaganda dan helah politik sahaja.

''Saya tidak mahu melihat kes saman berkenaan menerima nasib serupa seperti beberapa kes yang pernah difailkan Anwar di mahkamah namun masih belum berkesudahan sehingga kini.

''Kes saman kali ini sebenarnya melibatkan kepentingan umum kerana rakyat ingin tahu kebenaran di sebalik dakwaan Nallakaruppan terhadap Anwar," jelasnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment