My Add

Friday 2 March 2012

Pas sanggup `berkhalwat' dengan DAP demi kuasa

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

JELI, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berkhalwat' dengan DAP dan membuang tokoh yang berjuang mempertahankan akidah umat Islam semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Perdana Menteri berkata, ia amat berbeza dengan UMNO yang konsisten memperjuang dan mempertahankan Islam di negara ini sejak dahulu sehingga hari ini.

Beliau berkata, Pas tidak mempunyai hala tuju dan dasar perjuangannya semata-mata untuk memancing undi.

"Aspek Islam dan akidah kita pertahankan, hok (yang) puak Pas hari ini tidak buat, bila ada orang hendak perjuang akidah dia buang daripada parti seperti mana kata, Datuk Dr. Hassan Ali, dia perjuangkan akidah dan akhlak tetapi dia terpelanting daripada Pas.

"Ke mana hala mana Pas hari ini, kerana hendak kerusi dan menawan Putrajaya yang dulu dia hendak lelong, sekarang pakat dengan DAP nak duduk Putrajaya.

"Mimpi lain-lain, khalwat dengan DAP pun tidak apa, janji dapat duduk Putrajaya," katanya semasa berucap di hadapan lebih 20,000 penduduk pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment