My Add

Friday 2 March 2012

Siapa sahaja boleh pimpin Pas asalkan Islam

KOTA BHARU, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sesiapa sahaja termasuk orang bukan Melayu boleh memimpin parti itu, asalkan dia beragama Islam.

Beliau berkata, adalah tidak logik Pas yang berlandaskan perjuangan Islam, dipimpin oleh seorang bukan Islam kerana agama itu merangkumi urusan dunia dan akhirat.

Katanya, tidak menjadi masalah untuk pemimpin utama parti itu di kalangan bukan Melayu kerana Islam tidak memandang kepada bangsa tetapi iman seseorang.

"Kita tidak perlu pinda perlembagaan untuk lantik bukan Melayu jadi pemimpin utama Pas, bukan Melayu tidak apa, yang tidak bolehnya kalau bukan muslim, ini masalah.

"Kalau dia bukan muslim, macam mana dia nak pimpin parti Islam, orang komunis bolehkah tidak dia pimpin demokrasi? Begitu juga orang demokrasi tidak boleh pimpin parti komunis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment