My Add

Friday 2 March 2012

Kertas siasatan NFCorp dikembalikan kepada polis

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) kepada polis untuk siasatan lanjut, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, hari ini. 

Beliau berkata, polis akan mematuhi arahan Peguam Negara untuk membuat siasatan lanjut terhadap NFCorp.

"Kita akan akur dengan arahan daripada Peguam Negara untuk jalankan apa juga siasatan (NFCorp)...janganlah buat apa-apa andaian," katanya selepas menutup Program Diploma Sains Siasatan Maktab Polis DiRaja Malaysia, Cheras di sini, hari ini.

Isu NFCorp berbangkit berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu yang menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya, manakala pembangkang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana syarikat itu. 

Pada majlis itu, Khalid menyampaikan diploma kepada 38 graduan yang menamatkan pengajian bagi sesi 2010/2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment