My Add

Monday 26 March 2012

Penduduk Gombak menyesal pilih Azmin

 
MEGAT Zulkarnain Omardin (dua dari kanan) memerhatikan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad (tiga dari kanan) menyerahkan cek bantuan kepada seorang penduduk Kampung Kerdas, Gombak bersempena dengan Program Ziarah BN Gombak, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD 25 Mac, 2012: Penduduk Gombak dekat sini bukan sahaja melahirkan rasa kesal malah mengakui kesilapan mereka kerana memastikan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lalu.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, rata-rata penduduk di daerah itu hakikatnya kecewa dengan sikap Ahli Parlimennya, Azmin Ali yang disifatkan tidak langsung mengambil berat masalah dihadapi penduduk.

"Kami telah melawat lebih 1,000 keluarga di kawasan Parlimen ini menerusi program ziarah yang bertujuan memberi bantuan serta sumbangan untuk meringankan beban mereka, " ktanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment