My Add

Monday 26 March 2012

PPPMM tuntut tindakan segera ke atas Anwar

ANGGOTA PPPMM mengadakan demonstrasi secara aman di Plaza Seni, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU, AHAD, 25 Mac, 2012 Kira-kira 400 ahli Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) hari ini mengadakan demonstrasi menuntut tindakan segera diambil terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meminta sokongan Yahudi bagi menumbangkan kerajaan.

Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, mereka membantah Anwar yang dilihat sebagai proksi Israel kerana menyokong keselamatan negara haram itu.

"Pendedahan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman mengenai surat Anwar Ibrahim & Associates itu membuktikan beliau memohon campur tangan asing melalui organisasi Yahudi sekali gus memberi ancaman besar kepada negara kerana Zionis akan mengambil kesempatan meneruskan cita-cita peluasan seperti yang berlaku kepada negara-negara Arab. : katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment