My Add

Thursday 1 March 2012

Peningkatan kutipan 2011 LHDN pencapaian luar biasa - PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak tertarik melihat model Menara Hasil Cyberjaya yang berkonsepkan 'Pengurangan Penggunaan Tenaga' selepas majlis perasmian Menara Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan di Putrajaya, hari ini. Turut kelihatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (dua dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar (tiga dari kanan) dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (kanan). Bangunan menara 20 tingkat ibu pejabat baru LHDN yang bernilai RM275 juta itu mula beroperasi pada Disember lalu dan ia menyediakan 1,682 tempat letak kereta untuk kemudahan orang ramai berurusan dengan LHDN. - Foto Fariz Iswadi Ismail

CYBERJAYA, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kutipan hasil tahun lepas hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, merupakan satu pencapaian luar biasa.

Perdana Menteri berkata, kejayaan badan itu mengutip hasil RM109.7 bilion tahun lepas, bukan sahaja membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat tapi ia juga dapat memberi rangsangan kepada sektor swasta untuk meningkatkan pelaburan mereka.

Katanya, ia juga akan memberi keyakinan pelabur terhadap pasaran dalam negara selepas menilai kaedah pengurusan ekonomi negara, kerana dalam era global kini, faktor pasaran global adalah sesuatu yang amat penting.

"Kalau tidak ada keyakinan terhadap kita, rating Malaysia akan merudum,” katanya semasa berucap merasmikan Menara Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya, di sini hari ini.

Beliau memberi contoh beberapa negara Eropah, yang menghadapi kemelut ekonomi, disebabkan kegagalan mereka mengutip hasil menerusi cukai. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment