My Add

Sunday 25 March 2012

Perak warta 2,959 hektar tanah Orang Asli libat 23 kawasan

IPOH, AHAD, 25 Mac, 2012: Kerajaan negeri Perak mewartakan 2,959.85 hektar tanah Orang Asli meliputi kawasan kediaman dan pertanian yang melibatkan 23 kawasan di seluruh negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, masih terdapat 21 kawasan yang akan diwartakan dalam masa terdekat dan apabila siap kelak, jumlah kawasan Orang Asli yang diwartakan adalah seluas 10,280.8314 hektar.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Surau Rafeah, Meru Perdana di sini hari ini, beliau berkata, selain kawasan Orang Asli, kerajaan melaksanakan pelbagai dasar dan pendekatan bagi memberi keselesaan kepada rakyat melalui kerjasama dengan pihak swasta.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment