My Add

Sunday 25 March 2012

Lebih 20 rumah rosak dilanda ribut

KANGAR, AHAD, 25 Mac, 2012: Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar hari ini. 

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika hujan lebat.

Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini namun JKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini.
Turut mengalami kerosakan ialah gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang. 

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini. 

Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment