My Add

Saturday 3 March 2012

PRU12: BN akan perbetul kesilapan hingga ditolak rakyat: PM

BALING, SABTU, 03 Mac, 2012: Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan itu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Katanya, jika pengundi menolak BN seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana BN telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf,” katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment