My Add

Saturday 3 March 2012

YaPEIM dekati semua institusi pondok seluruh negara

YAN, SABTU,03 Mac, 2012: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan mendekati institusi pondok melalui siri penjelajahan program Kembara YaPEIM Prihatin untuk meningkatkan prasarana institusi itu di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, YaPEIM akan menjelajah ke semua institusi pondok di setiap negeri bagi membantu institusi pendidikan itu menggerakkan program keilmuan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara YaPEIM Prihatin peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Agama Fauzi di sini hari ini, beliau berkata, program itu bermula bulan ini sehingga Julai di Kedah dan Perlis dan dijadualkan selesai di Sabah pada Disember 2014.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah YaPEIM, Abdul Malik Awang Kechil.

Jamil Khir berkata, siri penjelajahan itu juga bertujuan mengubah persepsi masyarakat untuk melihat institusi pondok sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran yang sistematik.

"Kerajaan mahu melihat institusi pondok berkembang dan bukan sebagaimana difahami ramai ia menjadi tempat untuk golongan tua menambah pengetahuan agama,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment