My Add

Friday 2 March 2012

Putuskan hubungan dengan PKR

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM 

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Pas perlu bertindak tegas dengan memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika benar parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang yang mempertahankan keselamatan Israel.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, berbeza dengan kerajaan, pemimpin parti pembangkang langsung tidak mempunyai satu pendirian yang jelas dan konsisten membela nasib rakyat Palestin akibat pembinasaan kejam oleh negara penjajah itu.

Katanya, surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel jelas membuktikan sokongan kerajaan terhadap rakyat Palestin yang tidak pernah berubah sekali gus tidak mengiktiraf Israel.

''Apa yang kita kesal Anwar dan pemimpin Pas tidak ada ketetapan ini. Kenyataan Anwar mempertahankan keselamatan Israel cukup jelas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment