My Add

Friday 2 March 2012

Tentera Darat tingkat kesiapsiagaan

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Tentera Darat yang kini berusia 79 tahun perlu meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan dan keupayaan menangani sebarang kemungkinan melalui respons secara pantas dan tegas.

Panglimanya, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin berkata, ini kerana keadaan geostrategik serantau serta cabaran global yang terpaksa dihadapi pasukan bersenjata itu sentiasa berubah dan tidak menentu.

Menurutnya, Tentera Darat juga tidak harus leka dengan kejayaan mengatasi sesuatu cabaran kerana banyak lagi dugaan lain terpaksa ditempuhi dan perkara itu perlu diharungi bersama sebagai sebuah pasukan.

"Sempadan di antara ancaman tradisional dan bukan tradisional semakin kabur. Oleh yang demikian setiap perubahan perlu dihadapi secara agensi," katanya semasa berucap sempena sambutan Ulang Tahun Ke-79 Tentera Darat, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment