My Add

Monday 26 March 2012

Rangkaian edar dadah tumpas, 3 lelaki 2 wanita ditahan

JOHOR BAHRU, ISNIN, 26 Mac, 201: Polis menumpaskan rangkaian pengedaran dadah dengan tertangkapnya tiga lelaki dan dua wanita dalam tiga serbuan berasingan di bandar raya ini Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Kamarudin Abd Aziz, berkata dalam serbuan pertama di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, polis menahan seorang lelaki berumur 36 tahun dan merampas 920 gram ganja bernilai RM2,200 daripadanya.

"Serbuan dilakukan pada jam 4.15 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Lelaki yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai jurujual kereta ini didapati positif dadah dan mempunyai satu rekod penyalahgunaan dadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment