My Add

Saturday 24 March 2012

RM1.4b untuk warga emas, OKU dan ibu tunggal

SEREMBAN, SABTU,  24 Mac, 2012: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.4 bilion bagi membantu golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal di seluruh negara, pada tahun ini kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, berkata daripada jumlah itu, RM478 juta diperuntukkan bagi membantu 135,000 warga emas melalui bantuan bulanan RM300.

Berucap pada Majlis Mesra Rakyat dan Pelancaran Kempen Kesedaran Sayangi Warga Emas di Padang Awam Desa Rhu, Sikamat, di sini hari ini, beliau berkata bantuan berkenaan adalah sebahagian daripada dasar kerajaan untuk menentukan bahawa jaringan keselamatan sosial di negara ini dapat perkukuhkan.

"Kita tidak boleh mengamalkan dasar negara kebajikan yang diamalkan oleh negara-negara Barat, yang hari ini ekonomi mereka sudah merudum, kerana tanggungan itu tidak dapat ditampung.

"Oleh itu, kita tidak boleh pilih jalan ini dan kita perlu memperkuatkan jaringan keselamatan sosial kita melalui program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, melalui bantuan-bantuan seperti mana yang telah kita lalukan termasuk Khidmat Bantu di Rumah, Unit Khidmat Penyayang Warga Emas dan lain-lain bantuan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk golongan warga emas, bantuan paling besar yang harus disumbangkan adalah daripada individu yang merupakan anak-anak kepada warga emas. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment