My Add

Saturday 24 March 2012

Pertukaran pencari Suaka keputusan Australia

KLUANG, SABTU, 24 Mac, 2012: Kerajaan Malaysia bergantung kepada keputusan Parlimen dan Mahkamah Tinggi Australia bagi melaksanakan perjanjian pertukaran pencari suaka antara kedua-dua negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, Malaysia boleh melaksanakan perjanjian itu bila-bila masa sebaliknya Australia perlu berjaya di dalam rayuan selepas Mahkamah Tinggi negara itu memutuskan bahawa perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Australia itu menyalahi undang-undang.

Selain itu, Australia juga perlu meminda undang-undang berkaitan dengan perkara itu, katanya.

"Kita (Malaysia) bila-bila masa boleh lakukannya tetapi mereka (Australia) kena pinda undang-undang dan (perlu) berjaya dalam rayuan mahkamah," katanya selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-60 Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) peringkat kebangsaan, di Paloh, dekat sini hari ini.

Khamis lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata, cadangan perjanjian pertukaran pencari suaka dengan Malaysia kembali menjadi agenda tatkala Parlimen membahaskan undang-undang untuk meminda Akta Migrasi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment