My Add

Saturday 3 March 2012

Sistem pindah kredit perlu untuk jayakan mobiliti pelajar IPT

MOHAMED Khaled Nordin (kanan) bermesra dengan pelajar selepas melancarkan Program Mobiliti Pelajar Malaysia-China di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Satu sistem pemindahan kredit yang jelas dan seragam perlu dibangunkan untuk diguna pakai oleh para penuntut yang terlibat dalam pelaksanaan program mobiliti pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) lain di rantau ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan program tersebut selalunya bergantung kepada silibus, struktur dan cara pemindahan kredit bagi satu-satu program akademik yang ditawarkan.

''Program mobiliti itu bukan hanya soal hantar pelajar ke luar negara tetapi ia menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran mereka.

''Sebab itulah, program tersebut mesti melibatkan pemindahan kredit, kalau tidak pelajar-pelajar terbabit tidak mencukupi kredit untuk lulus," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Mobiliti Pelajar Malaysia-China di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment