My Add

Saturday 3 March 2012

Penjana tenaga bebas: Hanya pembida harga terbaik dipilih

KAMPAR, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga akan memilih bidaan harga terbaik yang ditawarkan penjana tenaga bebas (IPP) selepas perjanjian dengan IPP sedia ada berakhir pada 2014 dan 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (gambar) berkata, satu perancangan telah dirangka kerajaan bagi memastikan perjanjian terbaharu itu, membolehkan kadar tarif terbaik dapat diwujudkan pada masa hadapan.

Menurut beliau, bidaan kadar tarif itu dilakukan selaras dengan usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Satu perancangan telah dirangka kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga dalam pembidaan yang akan dibuat di kalangan IPP untuk mendapatkan kadar tarif terbaik pada masa depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment