My Add

Thursday 1 March 2012

Surat Dr. M bukti pendirian kerajaan konsisten - Muhyiddin

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel jelas membuktikan pendirian konsisten kerajaan yang tidak mengiktiraf negara penjajah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isi kandungan surat yang disiarkan media itu turut membuktikan kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

"Kerajaan bersetuju mengeluarkan kandungan surat kepada tiga Perdana Menteri Israel itu sebagaimana dipaparkan media hari ini. Ia menjelaskan pendirian kerajaan kita dari zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, (yang) kita tidak bersetuju dengan tindakan ganas Zionis Israel.

"Juga boleh dilihat dalam surat itu kita minta pihak Israel berundur dari kawasan diduduki dan jangan meneruskan kezaliman terhadap rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri sebelum itu mengadakan perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan persekutuan di Terengganu sempena lawatan kerja sehari beliau ke negeri ini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment