My Add

Thursday 1 March 2012

Tekanan hanya perkukuhkan kedudukan saya - Azizan

GURUN, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Datuk Seri Azizan Abdul Razak yakin tekanan politik yang diterima hanya akan memperkukuhkan lagi kedudukan beliau.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah tersebut mendakwa, kemelut yang berlaku termasuk usaha menyingkirkan beliau telah memberi dimensi baru kepada penyokong Pas untuk membuat penilaian.

"Orang Pas biasanya, dia sayang kepada parti dan kerajaan dia. Kalau dia menyedari bahawa ada usaha-usaha untuk menggugat kerajaan dan parti, dia akan bagi sokongan yang kuat kepada saya serta parti saya,’’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga menegaskan, Perlembagaan Pas tidak pernah menyatakan seseorang ahli itu perlu merujuk kepada kawasan terlebih dahulu sebelum menerima sebarang jawatan.

"Bagaimanapun, saya belum menerima laporan mengenai tindakan Pas kawasan Kuala Kedah mempertikai keputusan Timbalan Yang Dipertua kawasan itu, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah menerima semula pelantikan sebagai Exco,’’ katanya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment