My Add

Sunday 25 March 2012

Terengganu bina Muzium Batu Bersurat bernilai RM20 juta

KUALA TERENGGANU, AHAD, 25 Mac, 2012: Kerajaan negeri akan membina Muzium Batu Bersurat Terengganu yang dijangka menelan belanja kira-kira RM20 juta di Kampung Buluh, Hulu Terengganu bermula tahun depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Ramli Noh berkata, pembinaan muzium tersebut merupakan usaha kerajaan negeri ke arah memastikan batu bersurat diberikan perhatian oleh ahli sejarawan serta generasi akan datang.

"Kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas tujuh ekar (2.8 hektar) untuk pembinaan Muzium Batu Bersurat Terengganu dan ketika ini dalam peringkat akhir proses reka bentuk,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu selama dua hari di Muzium Negeri di Losong dekat sini hari ini.

Ramli, yang juga Ahli Lembaga Pengarah Muzium Negeri berkata, antara lain pembinaan Muzium di Hulu Terengganu itu juga bakal menjadi pusat kajian monumen berkaitan manuskrip tulisan jawi selain menjadi antara pusat penyelidikan sejarah di negeri ini.

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia yang ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment