My Add

Sunday 25 March 2012

Kemalangan di tempat kerja meningkat setiap tahun

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU, AHAD, 25 Mac, 2012: Kes kemalangan di tempat kerja semakin meningkat setiap tahun dengan 59,897 kes direkodkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, jumlah itu meningkat berbanding sebanyak 57,637 kes pada 2010 dan 55,000 kes tahun 2009.

Beliau berkata, kes kemalangan tersebut melibatkan kematian, hilang upaya kekal dan hilang upaya sementara.

"Dari segi pampasan yang telah dikeluarkan oleh Perkeso pada tahun lalu adalah berjumlah RM1.7 bilion berbanding RM1.6 bilion pada 2010 dan RM1.3 bilion pada 2009," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Rehablitasi Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment