My Add

Thursday 1 March 2012

Terima siapa saja calon ditetapkan pucuk pimpinan: Musa

TAWAU, KHAMIS, 01 Mac, 2012:: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mengulangi peringatannya kepada semua ahli UMNO dan parti komponen BN di Sabah supaya menerima secara terbuka siapa saja yang diputuskan pucuk pimpinan sebagai calon pilihan raya umum ke-13. 

Pendirian seperti itu penting bagi memastikan BN terus kukuh seterusnya mampu memenangi pilihan raya umum akan datang dengan pencapaian lebih baik berbanding pilihan raya umum lALU, kata Ketua Menteri Sabah selepas menutup program Penerangan Perdana Zon 6 di sini, hari ini.

Melalui program berkenaan, masyarakat dari kawasan Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kalabakan dan Tawau berpeluang mendapat penjelasan terus terhadap isu-isu yang berbangkit di kawasan masing-masing daripada ketua-ketua jabatan kerajaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa percaya BN Sabah boleh mengulangi pencapaian cemerlangnya pada pilihan raya umum 2008 malah lebih baik dari itu berdasarkan trek rekod dan pencapaian kerajaan BN sama ada di peringkat pusat atau negeri. 

Musa yakin rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan fitnah dan pembohongan pembangkang dan golongan tidak bertanggungjawab terhadap BN. 

Rakyat sendiri dapat menilai prestasi dan kebertanggungjawaban kerajaan BN dalam melaksanakan mandat yang diberi mereka, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment