My Add

Thursday 1 March 2012

Tuntutan palsu: Ahli Parlimen Sabak Bernam ke penjara

SHAH ALAM, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro masing-masing dihukum penjara enam tahun dan denda RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan empat tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh turut memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman penjara tambahan selama lapan tahun jika mereka gagal membayar denda tersebut.

Beliau bagaimanapun membenarkan pelaksanaan kedua-dua hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan selesai didengar dan diputuskan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment